Nasihat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali.
Setelah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah, iaitu anakanda kesayangan
baginda, Nabi s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali, iaitu memakai cincin pakailah
di jari manis dan jari kelingking(anak jari). Dan janganlah memakai pada jari
tengah dan jari telunjuk.
Nabi Muhammad s.a.w. melarang kerana memakai
cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah, iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk
lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihati rakan-rakan dan
juga saudara mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di
dalam syariat Islam. Kalau tidak, sia-sialah kita mendapat kecelakaan daripada
Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin
dengan niat mengikut sunnah Nabi s.a.w. dapatlah kita pahala.
No comments:
Post a Comment