~بسم الله الرحمن الرحيم~




Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday, December 15, 2011

Contohilah Dia Wahai Wanita [Saidatina Khadijah]

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang akhlaknya terhakis seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar dalam diri mereka. Oleh itu, marilah kita semua, tidak kira kaum lelaki atau kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang dan kepada pendokong seorang lelaki.
            Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saiditina Khadijah r.a. isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad s.a.w. Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini? Kerana pada hakikatnya wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.
            “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapat keturunan.” Begitulah Rasulullah s.a.w. berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam. Siti Khadijah berasal daripada keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit dan terkenal sebagai wanita tegas serta cerdas. Bukan sekali dua pembesar Quraisy cuba untuk menyunting dirinya. Tetapi atas ketentuan Allah SWT, pilihannya jatuh kepada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak terngiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saiditina Khadijah Khuwailid r.a. Saiditina Khadijah r.a. merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah s.a.w. melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati yang dialami ileh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah s.a.w. Adakah wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana ada mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?
            Sanggup bersusah payanh bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya. Adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini? Apabila Rasulullah s.a.w. atas perpisahan dan pemergian Khadijah r.a., Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik.” Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira’ seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya?
            Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih saying seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?
            Khadijah berusaha tabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, “Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, sebagai tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.” Tetapi wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.
            Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah s.a.w., Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah s.a.w. agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan dan berada dalam kegelisahan, beliau cuba sedaya mungkin mententeramkan dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah s.a.w., Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wudhuk.
            Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredhaan Allah SWT. Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah s.a.w., malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh.
            Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah s.a.w. merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang memebantu meningkatkan perjuangan Islam. ~Wallahu’alam~

amacam... teringin tak nak jadi cam gitu? semua orang ada azam & cara tersendiri bila dah bergelar isteri nanti kan..? :)
::moga kita sama-sama muhasabah..moga kita menjadi wanita solehah..InshAllah::

No comments:

Post a Comment